Wednesday, 15 February 2012

Minuman Tenaga RedBull Merbahaya?



Baru-baru ini diberita tempatan ada memaklumkan bahawa minuman tenaga yang popular RedBull telah ditarik dari pasaran china berikutan laporan bahawa minuman sukan popular itu mengandungi bahan tambahan selain daripada yang diluluskan.
Laporan media dari Wilayah Heilongjiang timur laut China mendakwa bahawa minuman RedBull telah didapati mengandungi pigmen 4R Ponceau sintetik yang berbahaya untuk buah pinggang dan hati.  Bahan-bahan termasuk natrium benzoate, dimana bahan pengawet itu, apabila digabungkan dengan kafein, boleh menghasilkan satu bahan yang dianggap sebagai dadah A-kelas yang digunakan untuk rawatan psikiatri.
Menurut media produk Red Bull tidak dapat ditemui di dalam Supermarket Lianhua sejak hari Jumaat.”Syarikat memaklumkan kepada kami semalam untuk menggantung jualan produk Red Bull dan kami mengeluarkan semua dari rak malam tadi,” kata seorang pekerja Supermarket Lianhua.
“Saya pernah minum sebelum ini. Pabila saya menyertai latihan fizikal, selepas mengambil beberapa minuman Red Bull, saya akan berasa sangat teruja dan pergerakan jantung saya lebih pantas,” kata Cik Xu, bermastautin di Shanghai.
Di negara Jerman, Perancis dan Norway telah pun mengharamkan minuman ini selepas mendapati ia mempunyai kesan sampingan yang boleh membawa maut. Kandungan kafein, stimulant glucuronolactone dan taurine yang tinggi boleh menyebabkan darah tinggi, anxiety (keresahan) dan juga penyakit jantung jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Ia juga tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak dan wanita mengandung yang akan menyebabkan keguguran kandungan

No comments:

Post a Comment